Jom kita bincang tentang tips membeli laptop terpakai. Zaman sekarang, nak beli laptop baru memang agak mahal, kan? Sebab tu ramai antara kita mula mencari laptop terpakai sebagai alternatif.
Untuk beli laptop terpakai memang kena berhati-hati. Macam cari jodoh, kena kenal dan fikir masak-masak sebelum buat keputusan sebab melibatkan wang!
Jadi, kami dah kumpulkan 8 tips penting untuk anda elakkan daripada tertipu dan dapat laptop terpakai (refurbished laptop) yang memang berbaloi.

1. Kenal Pasti Tujuan Pembelian
“Nak guna laptop untuk apa sebenarnya?”
Itu soalan pertama yang anda kena tanya diri sendiri. Sebab, spesifikasi laptop yang sesuai untuk pelajar, orang buat bisnes (businesman), dan gamer memang berbeza.
1. Saya Seorang Pelajar
Kalau anda seorang pelajar (student) dan nak guna laptop untuk buat kerja-kerja kuliah, buat assignment, atau tengok video pembelajaran, spesifikasi yang sederhana pun dah cukup.
Contohnya, processor Intel Core i3 dengan RAM 8GB. Ini dah cukup untuk aplikasi-aplikasi asas dan kerja-kerja harian.
2. Saya Buat Bisnes (Businessman atau Agent)
Katakan anda seorang pemilik bisnes atau agen bisnes (agen hartanah, agen Cuckoo, agen Coway, agen insuran, agen takaful, agen unit trust dan lain-lain.
Anda pula kerja dalam bidang yang memerlukan editing ringan, macam edit gambar atau video pendek, anda mungkin perlukan processor Intel Core i5 dengan RAM 8GB atau 16GB.
Ini akan bagi prestasi yang lebih baik untuk buat banyak kerja (multitasking) dan aplikasi yang lebih berat.
3. Saya suka main games, hari-hari main games
Untuk gamer, memang kena cari laptop dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Processor Intel Core i5 atau i7, RAM 16GB, dan kad grafik (graphic card) yang berprestasi tinggi adalah wajib.
Ini supaya game-game terkini boleh dimainkan dengan lancar dan tanpa sangkut (lag).
Jadi, kenal pasti dulu keperluan sebelum cari laptop. Ini akan bantu anda fokus pada spesifikasi yang betul dan elakkan daripada membazir duit untuk spesifikasi yang tak perlu.
2. Jumpa dan Uji Sendiri Laptop Tersebut
Baiklah, sekarang anda sudah tahu apa yang diperlukan. Anda mungkin sudah jumpa laptop refurbished tersebut dan minat untuk tahu lebih lanjut.
Jadi, jumpa dahulu penjual dan uji sendiri laptop tersebut.
Kalau ada kedai yang berdekatan, pergi sahaja ke kedai. Ini cara paling selamat sebab anda boleh tengok dan uji laptop secara langsung. Anda ada hak untuk test sebelum buat keputusan membeli.
Kalau penjual tu individu dan tak ada kedai, ajak jumpa di tempat awam macam kedai makan, cafe atau mall. Ini penting untuk keselamatan anda dan untuk pastikan anda boleh uji laptop tu sebelum beli.
Kalau anda beli online, pastikan baca review daripada pembeli-pembeli sebelum ni. Ini akan bagi anda gambaran tentang reputasi penjual dan kualiti laptop yang dijual.
Penting untuk anda periksa keadaan fizikal dan uji semua fungsi laptop tu. Pastikan skrin, keyboard, touchpad, kamera, aplikasi, port USB, dan Wi-Fi berfungsi dengan baik.
Jangan malu untuk tanya penjual tentang sejarah penggunaan laptop tersebut.
Artikel Menarik Lain: Perbezaan antara Laptop Baharu, Terpakai atau Refurbished: Mana Lebih Baik?
3. Pilih Penjual yang Menawarkan Jaminan (Warranty)
“Warranty adalah satu jaminan keselamatan.” Walaupun waranti untuk laptop terpakai mungkin tak lama, tapi ia tetap satu keperluan.
Pilih penjual yang menawarkan jaminan, walaupun cuma sebulan. Jika dapat warranty lebih dari sebulan, itu adalah bonus.
Waranti menunjukkan bahawa penjual yakin dengan kualiti laptop yang mereka jual.
Ini sangat penting sebagai langkah keselamatan membeli laptop terpakai. Kita tak tahu apa yang ada dalam laptop tu, jadi waranti adalah jaminan yang penting.
Jaminan sebenarnya berikan anda lebih keyakinan dan hilang rasa risau jika apa-apa berlaku selepas pembelian.
Jika penjual tidak berikan jaminan, baik elakkan. Banyak lagi penjual lain yang dapat beri jaminan.
4. Elakkan Harga yang Terlalu Murah
Okay, ini kami nak tekankan betul-betul – kalau harga ditawarkan terlalu murah sampai tak masuk akal, besar kemungkinan ia satu penipuan (scam).
Ingat, “too good to be true” selalunya memang bukan betul.
Kalau laptop terpakai tersebut dengan harga pasaran RM2,000, tiba-tiba ada orang jual RM600, siap kata baru pakai seminggu, anda kena hati-hati. Lebih baik jangan beli langsung daripada kena tipu.

Sumber Sinar Harian
Penipu sering menggunakan harga yang sangat murah untuk menarik perhatian pembeli.
Ingat, harga yang berpatutan biasanya mencerminkan kualiti laptop tu. Jangan terpedaya dengan harga yang terlalu murah.
5. Survey Banyak Kedai dan Penjual
Lepas tu, jangan terus beli dari satu tempat sahaja. Ambil masa sikit untuk survey beberapa kedai atau penjual, tak kira online ke offline. Cuba bandingkan harga, keadaan, aksesori percuma, dan jaminan yang ditawarkan.
Ini antara tips membeli laptop yang paling ramai orang terlepas pandang.
Kadang-kadang, beza harga RM100-RM200 tu datang dengan pakej yang jauh lebih berbaloi.
Biar lambat asal puas hati.
Artikel Menarik Lain: 5 Sebab Laptop Terpakai Lebih Berbaloi Berbanding Laptop Baru
6. Cari Penjual yang Berikan Hadiah Percuma
Siapa tak suka free gift, kan? Sesetengah penjual memang baik hati dan akan bagi hadiah percuma macam beg laptop, mouse wireless, cooling pad dan sebagainya.
Benda-benda ni walaupun nampak kecil, sebenarnya boleh jimatkan kos anda. Kalau dah dapat semua tu sekali, tak payah dah keluar duit beli aksesori lain. Untung kan?

7. Minta Bantuan dari Rakan yang Pakar Komputer
“Malu bertanya, sesat jalan”.
Kalau anda jenis yang tak berapa faham berkenaan spesifikasi laptop, tak mengapa – tanya sahaja kawan yang pandai IT. Diorang ni biasanya memang excited nak tolong dan boleh bantu anda pilih laptop yang sesuai.
Kadang-kadang, dia boleh spot masalah yang anda sendiri tak perasan. Nak lebih selamat, minta dia datang sekali masa test laptop tu.
Ini antara cara membeli laptop terpakai yang paling selamat dan bijak.
8. Baca Ulasan di Media Sosial atau Forum
Akhir sekali, buat kajian berkenaan model laptop yang anda minat tersebut. Lihat dan baca di forum komputer, media sosial, YouTube, TikTok dan sebagainya. Tanya pengalaman orang lain yang guna model yang sama.
Anda juga boleh tengok reputasi penjual dari komen atau feedback pembeli sebelum ni. Cara ni bukan je bantu anda kenal pasti kelebihan dan kekurangan laptop tu, tapi juga elakkan dari beli dari penjual yang bermasalah.
Dengan membaca ulasan, kau boleh buat keputusan yang lebih bijak dan elakkan daripada kena tipu.
Buat Pilihan Bijak, Elakkan Menyesal
Ringkasnya, itulah tips membeli laptop terpakai yang kami boleh kongsikan dengan anda. Diharapkan, anda lebih yakin dan tidak membuat keputusan terburu-buru. Tips membeli laptop ni nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting gila.
Ingat, laptop ni bukan murah – walaupun terpakai, ia masih satu pelaburan. Jadi, kena pastikan kita buat pilihan yang berbaloi.
Semoga berjaya dalam pencarian laptop idaman anda. Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan lain yang tengah cari laptop jugak ya!
Comments (3)